stress-ku kali ahhhh

Sunday 16 November 2008

Khalwat

Nuffnang Ads

Gempar Norman Hakim & Memey Suhaiza Khalwat

Sudah terang lagi bersuluh, Norman Hakim pernah menafikan hubungannya dengan Memey Suhaiza sebelum ini, telah ditangkap khalwat di sebuah pejabat di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana. Memang sah Norman Hakim telah ditangkap berdua-duaan dengan Memey Suhaiza di situ, setelah mendapat aduan daripada orang ramai.

Pegawai Perhubungan Awam Jais, Mohd Hidayat Abd Rani ketika dihubungi pula berkata, pasangan pelakon terbabit ditahan sekumpulan tujuh anggota jabatan berkenaan dalam operasi cegah maksiat di kawasan itu.

“Pada mulanya, kami mendapati pintu bangunan berkenaan dikunci tetapi selang berapa minit, datang seorang individu lain membuka kunci dari luar dan selepas masuk, kami mendapati seorang wanita berpakaian lengkap berada dalam bangunan terbabit.

“Anggota kami yang difahamkan ada seorang lelaki dalam premis itu terus mencari sebelum menjumpai pelakon berkenaan yang dipercayai bersembunyi dalam bilik kecil. Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan,” katanya.

Bagaimana pun, Norman Hakim masih menafikan hubunganya dengan Memey Suhaiza, sebaliknya menyifatkan penangkapan khalwat adalah tidak patut kerana dia berada di tingkat atas sedangkan Memey Suhaiza berada di tingkat bawah.

Tapi, kalau lah betul, kenapa Norman Hakim perlu bersembunyi di bilik kecil ye?

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home